ekin comel

Saturday, May 22, 2010

APABILA CINTA TIADA LAGI

Orang kata masa bercinta semuanye indah.Bila ditanya,pasangan kekasih pantas memberi ulasan.Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan.Ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan.Kalau dimarahi kerana terlewat atau terlupa, tidak mengapa,.Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu.
Diawal percintaan,pasangan kekasih sanggup sehidup semati.Segala sifat buruk disimpan rapi.Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik.Makan penuh beradab, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.
Segala rahsia peercintaan disimpan berbunga didalam hati.Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini.Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia serang yang penyayang,penyabar dan pelbagai lagi.Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta.Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan.Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.
Sanggup meredah lautan api,jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi,biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti.Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokonya tidak tumbang.
Semuanya boleh dilaksanakan.Tiada yang tidak boleh,tiada yang mustahil,tiada juga halangan.Taburan janji umpama butiran pasir di pantai tanpa disedari ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.
Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti.Lupa bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan,dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar,ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta.Segala rasa sayang sekelip mata bertukar benci.Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat di hati.Yang dulu serasi bertukar benci,kalau dulu sangat memahami kini semuanya tiadak dimengerti.
Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta.Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati.Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru.Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan bercinta dengan dunia,kini sebaliknya.
Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati.Semuanya didedahkn,tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya.Mungkin tidak mahu orang lain orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.
Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati.Sedangkan sepatutnya apa pun yang terjadi sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah.Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.
Hakikat masam dan manis percintaan mesti diterima.Mendedahkan keaiban bekas pasangan bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah.Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya akan menambah buruk keadaan.Jika cinta tiada lagi,maka biarkan ia berlaku pergi.Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih.
Natijahnya tidak mustahil satu hari nanti keburukan sendiri akan tersebar luas.Bercinta untuk bahagia,tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia.Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas.Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama.Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah.Justeru hakiakt cinta mesti diterima.Jika kita sedia untuk bercinta maka kita mesti bersiap.Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta,mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.

Saturday, May 15, 2010

KENANGAN KEMBALI SEMULA DI INGATAN..

Hari ini aku n teamwork gi ke batu 16 hulu langat dekat ngan areal ex aku..aku x sngka aku akn kesana gi..semlm mse boss ckp nk gi langat.hati aku berbelah bagi nk gi..x tau nape..bile dh sampai saja kat sna.mulalh teringt kat die..kawn2 asyik usik sambil nyanyi lagu saleem tinggal kenangan..sedih jgk rase tpi aku diam kan aje..septtnye aku x lalu umah die..lps je hbs event kat ikbn,boss ajk gi sg.gabai kenalh lalu bengkel ngan umh kakak ipar die..so gilh wat aku sedih..sambil lalu kat areal umh die,aku tgklh.sedihnye x tau nk kata..tpi tahan saja..lps je mandi kat sg.gabai n mase nk jaln balik lalu gi umh,bengkel n umah kakk ipar die.boss pulk gi berhenti btul2 diantra umah n bengkel die untk mkn..dok kat kedai mkn 2 btul2 nmpk bengkel die.tpi aku x nmpk die..maybe die xde kot.kn die dh nk bertunng so maybe kuar gi beli brg ngan bakal tunng..bersame die byk meninggalkn kenangan yg begitu indah n sukar untk aku lupakan..thanz hafiz sebb sudi hadir dlm hidup sy walaupun hnye semntra.walaupn awk bukn milik saya tpi sy cukp bahagia meliht awk bahagia.hnya iringan doa yg dpt sy hulurkn..sy masih syg kn awk..mybe awk dh jumpe psangn hidup awk,insyallah lps ni sy pulk..tpi hari ni cukp memberi kesan pada aku..tapi aku sgt hepi walaupn x dpt meliht dirimu..

Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY 4 MY LUVLY MUM(ZURIDAH BT ABU KASSIM)

Selamat hari ibu....adik syg sgt mak..Hanya mak seorg ibu yg paling adik syg dlm dunia ni tiada penganti..Jasa mak menjga n membersarkan adik dri kecik hinggalh sekarg x dpt adik nk membals.memng sukar untuk menjadi seorg ibu walaupun adik blum sampai ketahap 2 gi tpi adik dpt merasa n meliht bertapa sukarnye mak menjalnkn tanggungjwb sebagai seorg ibu..adik x dpt byngkn jikalau mak xde..maklh sumber inspirasi adik untuk berjaya..tanpe dorongan dan bimbingan mak adik x kn sampai ke tahap ni.maklh ibu yg terbaik..adik syg sagt2 kat mak..i luv u so much mum..hepi mother's day..